FASILITI SUKAN DI UUM
falling snow
Sunday, 17 March 2013
KESIMPULAN
UUM menyediakan pelbagai fasiliti sukan untuk semua pelajar di UUM. Dengan menyediakan fasiliti tersebut dapat meningkatkan tahap kecergasan badan pelajar-pelajar. Di samping itu, dengan mempunyai fasiliti sukan ini dapat mengisikan masa lapang pelajar-pelajr. Fasiliti sukan yang disediakan adalah sempurna. Pelajar boleh menggunakan peralatan-peralatan yang disediakan untuk menjalankan aktiviti.
MEMANAH
Universiti Utara Malaysia telah membina sebuah tempat untuk
pelajar memanah. Antara peralatan yang disediakan oleh pihak universiti ialah
archery arrow dan armguards. Armguards disediakan kepada pelajar untuk
melindungi pergelangan tangan daripada dipukul oleh string bow. Bagi pelajar
yang berminat untuk belajar memanah, mereka boleh mendaftarkan diri dengan
kelab memanah UUM . Dengan melibatkan diri dalam kelab memanah ,pelajar boleh
mengetahui alat-alat yang digunakan dalam aktiviti memanah dan juga peraturan
yang perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan pelajar. Selain itu, pelajar juga
perlu mengetahui gaya yang betul untuk memanah.Jurulatih yang proffesional akan
disediakan bagi memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar juga. Terdapat 5
bentuk jarak memanah di tempat memanah UUM. Antaranya ialah 90m, 70m ,60m, 50m
dan 30m.
SKUASY
Skuasy merupakan satu lagi fasiliti sukan yang
disediakan oleh Universiti Utara Malaysia sebagai pilihan untuk mahasiswa dan
mahasiswi. Pihak Uum telah membina dua gelanggang skuasy kepada pelajar yang
berminat untuk bermain skuasy. Sebelum memasuki gelanggang skuasy ini, pelajar
dikehendaki untuk mendaftar di kaunter pusat sukan. Pelajar perlu menyerahkan
kad matrik semasa pendaftaran dan masa untuk bermain dalam gelanggang ialah
satu jam. Jikalau tiada orang yang mendaftar bagi jam yang seterusnya, maka
pelajar boleh melanjutkan masa permainannya dengan syarat mendaftar dengan kad
matrik yang lain. Ini disebabkan kad matrik seorang pelajar hanya dibenarkan
untuk mendaftar sekali dalam sehari. Selain itu, bagi pelajar yang tidak
mempunyai raket skuasy, maka mereka boleh menyewa raket tersebut di pusat
sukan. Namun demikian, pihak pusat sukan tidak menyediakan bola skuasy. Maka
pelajar perlu membawa bola masing-masing. Seperti fasiliti sukan yang lain,
gelanggang skuasy hanya dibuka pada hari Ahad hingga Jumaat sahaja. Ini kerana
gelanggang skuasy akan digunakan untuk aktiviti ko-kurikulum pada hari
tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)