falling snow

Sunday, 17 March 2013

GO KART


            Litar go kart telah dibina dengan kos sebanyak RM2 million oleh Kementerian Belia dan Sukan. Litar go kart ini telah meggunakan tanah sebanyak 2.4 hektar yang bermula pembinaannya pada 15 Disember 2006. Litar go kart ini merupakan litar yang keempat yang dibina di dunia dengan menggunakan konsep lawan arah jam. Litar go kart ini dibina untuk memberi peluang kepada pelajar di universiti ini mengetahui keupayaan mereka. Fasiliti go kart ini akan dibuka kepada umum pada setiap hari Rabu. Namun demikiaan, satu bayaran akan dikenakan kepada orang luar yang berminat iaitu RM 30 bagi setiap orang sebanyak 5 pusingan. Manakala bagi mahasiswi dan mahasiswa pula, setiap orang hanya akan dikenakan caj sebanyak RM5 bagi 5 pusingan. Selain itu, sebanyak 25 kereta go kart disediakan untuk kegunaan pelajar dan umum.















No comments:

Post a Comment